Thursday, September 2, 2010

Biro-krasi atau bior-tak-kasi?

Kadang-kadang aku terpikir kenapa ada manusia suka susahkan manusia lain? Selama ini aku selalu dengar (dan aku pasti) ramai yang selalu berdepan dengan istilah ini. Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan birokrasi? Kalau mengikut istilah (Wikipedia), ia merujuk kepada cara pentadbiran melaksana/menguatkuasa peraturan-peraturan yang sah secara sosial. i.e. tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab, hubungan tidak peribadi. Ia berasal daripada perkataan "biro" yang susur galurnya dari abad ke-18 Eropah Barat; ada kaitan dengan perkataan Perancis "baize"- yang digunakan untuk menutup meja-meja. Akhiran ''Krasi" dari istilah Greek, "kratia","kratos" yang membawa maksud "kuasa" atau "pemerintahan". Nah, jika digabungkan kedua-duanya, lahirlah istilah yang umum sedia maklum kekusutan/impak; "meja+kuasa".


Penghuraian istilah itu sendiri sudah nampak tidak mesra pelanggan, apatah lagi dari sudut aplikasinya dalam aturan harian. Berapa ramai yang mengeluh apabila perlu berdepan (selalunya institusi kerajaan), yang sering dikait dengan imej sarat birokrasi. Selain, imej "pekerja-pekerjanya makan kuaci, sambil layan drama "tangkap leleh", bergossip mulut terjuih mahupun suka buang masa di kantin pejabat sambil menunggu waktu 'tekan kad-keluar'). Terjemahan mudah untuk semua senario yang disebut; pekerja kerajaan sarat penyakit "M". Jangan melatah kalau anda tergolong sebagai pekerja kerajaan, jangan salah sangka, aku jelaskan itu pandangan umum yang sering dikaitkan terhadap pekerja-pekerja kerajaan. Atas dasar apa kesimpulan itu dibuat? Kebanyakkan mungkin akan bersetuju, kerana sering berdepan dengan segelintir pekerja yang berkarenah seperti contoh-contoh yang telah disebut.

Aku sendiri tidak pernah berkhidmat dengan mana-mana institusi/agensi kerajaan (insyaAllah bakal). Justeru, tentu sekali aku tiada pengalaman dan pandangan aku berdasarkan rangkuman kisah-kisah orang lain lalu berkemungkinan besar sedikit berat sebelah. Bahkan tiada kajian khusus (atau mungkin aku silap) yang pernah dilakukan mana-mana pihak untuk 'mengukur' kebenaran pandangan-pandangan tersebut. Sungguhpun begitu, aku berasakan pandangan-pandangan tersebut amat benar selepas terkena 'batang hidung sendiri' karenah birokrasi jabatan sebuah insititusi awam baru-baru ini.

Mungkin ada yang berpendapat, kesulitan yang aku terpaksa hadapi hanya kes terpencil jabatan berkenaan. Namun, sebagai individu yang terpaksa menanggung beban kesan karenah birokrasi mereka, saya tentunya ada pendapat tersendiri-Segala pandangan negatif, "generalization" yang aku sebutkan terdahulu amat tepat menggambarkan cara penyampaian awam sekumpulan besar pekerja-pekerja kerajaan- lembap, penuh alasan & tidak bertanggungjawab.

Terutama dalam aspek pengurusan pembiayaan. Bukan seminggu dua aku dipaksa menunggu, tetapi sudah masuk secara rasminya 2 bulan setengah. Selama tempoh itu juga,aku tidak pernah mengambil tindakan apa-apa,selain terus menunggu, tawakal dan menjadi seperti kebanyakkan orang biasa-biasa tanpa kabel- TUNGGU DAN TERUS TUNGGU. Namun, selepas melihat kecekapan penggendalian sebuah jabatan (juga pengurusan kewangan tetapi institusi berlainan), aku tertanya-tanya, mengapa institusi yang lagi satu itu MAMPU menyelesaikan masalah dalam tempoh kurang seminggu berbanding institusi yang dirintih ini pula prosedurnya memakan masa berbulan.

Pelik bin ajaib. Nak kata gaji pekerja-pekerja yang jabatan penuh cekap dan dedikasi itu berbeza dengan pekerja-pekerja daripada jabatan yang menjadi faktor keluhan cerita ini; rasanya kedua-duanya sama tangga gaji kerana kedua-duanya institusi KERAJAAN. Tangga gaji yang sama, gred yang sama, waktu kerja yang sama, tuntutan kerja yang sama. Oh, nanti...ada yang berbeza. TAHAP KEMALASAN antara yang A dan yang B tidak sama! Justeru, apa yang mampu aku lakukan selain mengeluh pada nasib aku yang tidak siapa nampaknya dari pejabat A (selepas ini bakal dirujuk sedemikian) yang pemalas, kaki dalih, suka merungut banyak kerja dan macam-macam lagi boleh/mahu bantu mempercepatkan proses birokrasi? Tidak ada jalan lain. Setelah dibelek, difikir, tidur dan bangun selepas semua proses itu; aku kekal dengan satu penyelesaian-membuat surat aduan secara rasmi!

APA? BERANI kau? MATI kau nanti...HABISLAH kau, mereka AKAN LABEL kau kaki pengadu, kaki tidak sedar diuntung; kesimpulan mudah, aku akan ditindas dan terus dianiaya kerana memilih penyelesaian tersebut. Ini kata-kata kebanyakkan orang yang dekat pada aku, rakan-rakan dikenali secara zahir (bukan alam maya facebook semata-mata). Tidak dinafikan aku rasa sedikit terganggu dengan ancaman-ancaman yang diandaikan mereka. Tetapi apa daya aku? Apa cara lain yang dapat aku lakukan? 2 bulan setengah satu tempoh bukan sekejap..2 bulan setengah dipinggirkan, dinafikan hak kewangan yang sebelum itu dijanjikan hanya paling lewat akan mengambil masa (tempoh tunggu) 2 minggu selepas mula pengajian!!! 2 minggu dan 2 bulan! BANYAK beza. Hanya orang tidak waras sahaja tidak tahu membezakan tempoh tersebut. Adakah pekerja-pekerja di pejabat A TIDAK waras? Termasuk, ketua pejabatnya TIDAK waras? Aku tertanya-tanya. Sekiranya mereka TIDAK waras, aku dapat maafkan, sesungguhnya orang yang tidak waras i.e. tidak mampu berfikir, tidak ada perasaan terhadap realiti, beban dan perit manusia yang terpaksa menanggung hasil kerja mereka yang TIDAK waras.

Sehingga waktu ini, aku masih menunggu. Dengan lebaran yang bakal tiba, bagi aku tidak ada makna kerana sekiranya perkara ini (kena menunggu) berterusan sehingga sebelum lebaran, apalah bezanya sangat nasib aku dengan seorang fakir? Justeru, apalah daya aku untuk menyambut lebaran. (untuk gambaran lebih jelas, mungkin boleh rujuk dengan lirik lagu 'Cahaya Aidilfitri' dari BlackDogBone, ".....bila tiba hari raya, semua orang bergembira, tetapi bagiku hanya kesedihan yang menyelubungi hidup...siapakah yang sudi menghulurkan simpati terhadap nasibku ini, agar dapat ku rasa nikmati hari raya seperti insan yang lain..". Nah, aku tidak minta SIMPATI daripada si polan-polan yang tidak bertanggungjawab di pejabat A itu, mahupun BUKAN bantuan kewangan dari poket si polan-polan yang tidak bertanggungjawab di pejabat A itu; yang AKU minta supaya SI-POLAN-POLAN tersebut menjadi LEBIH bertanggungjawab dalam MENYELESAIKAN tugas diamanahkan dengan BAYARAN gaji BULANAN TETAP dari kerajaan, untuk memberikan aku HAK aku seperti yang telah dijanjikan. Sebab kalau ini berterusan, nyata BUKAN LAGI KES birokrasi tahap tertinggi, ini sudah jadi karenah BIOR-TAK-KASI yang kronik sebab hanya si polan-polan itu nampaknya hendah beraya, lalu menyelesaikan amanah seperti MENANDATANGANI /MINTA MEREKA BERKENAAN TANDATANGAN satu tugas yang amat berat. Nah kalau ini bukan penyakit "M" apa penyakit ini??

No comments:

Post a Comment