Friday, September 17, 2010

Masin mulut?

Masin mulut. Tapi ini bukan kisah lidah sesiapa pandai merasa, mahupun bukan kisah makanan. 10 minit sebelum 'black-out' di tmn perumahan aku, aku mintak maid aku cari bekalan lilin yang ada di bilik stor. Dia jumpa. Aku seronok sebab bekalan lilin wangi aku masih baik dan wangi! Aku suruh maid aku simpan di tempat yang senang dicari manalah tahu ada kejadian blackout lagi (yang sejak akhir ini kerap berlaku di kawasan aku).

Masin mulut aku! 10 minit berlalu, "kepoffff" segala kipas syiling, tv, mesin minuman air panas dan dapur elektrik aku padam. Aku geleng kepala. Macam mana nak masak makan tengah hari ini- daging sudah dihiris nipis, bawang-bawang sudah dimayang..semuanya tinggal disatukan dalam periuk ditenggekkan atas dapur yang sekarang sudah padam dek tiada bekalan elektrik.
Mujur anak kesayangan aku yang masih kecil sudah tidur (itupun kebetulan tertidur dalam kereta yang ada penyaman udara). Kalau tidak, mesti dia meragam, maklumlah tak tahan panas.
Mujur juga cuaca di luar (jam 1tengah hari) ketika itu tidak terik. Titis-titis hujan lebat dan berpanjangan sejak awal pagi tadi masih ada sekaligus mendinginkan suasana. Terasa seperti di kawasan tanah tinggi, walhal aku tinggal dalam kawasan lembah.

Tik tok tik tok...masa berlalu. Bertemankan kipas bateri anak aku, aku temankan si kecil aku tidur di sebelahnya. Oh tidak ya, aku belum tertidur! Kesempatan yang ada aku gunakan untuk mentelaah artikel berhubung kait pembelajaran aku. (rajin bukan?)

Tik tok tik tok...sudah jam 2 petang. Hampir 2 jam kawasan rumah aku tiada bekalan elektrik. Aku terfikir untuk mengadu hal ini ke TNB. Nombor aku cari menggunakan kecanggihan iphone aku: 15454. Ingat nombor itu untuk aduan umum.

Peti suara yang menjawab. Maaf pegawai kami sibuk, nombor giliran anda 35 dan akan dilayan dalam masa 12 minit. Dalam hati aku, "iyooolah tu". Aku diberikan pilihan, sama ada menunggu ditalian atau tinggalkan nombor telefon untuk dipanggil balik. Aku pilih yang kedua.

Tik tok tik tok...masih tiada wakil TNB membalas panggilan aku. Kaki yang aku lunjurkan sudah rasa kurang dingin. Kipas angin anak aku semakin lemah. Tulisan-tulisan dalam artikel yang aku baca nampak semakin kecil dan pudaaaaarr.....zzzzzz. Ya, kali ini aku tertidur.

Aku sedar apabila anak aku merengek. Aku lihat jam 3:15pm..aku kerling ke kipas syiling, masih tiada elektrik. Janji TNB untuk hubungi semula ditepati, namun talian tidak jelas dan aku memulakan kembali prosedur awal tadi. Aku masih tunggu. Anak kecil aku masih kuat merengek. Mujur yang jenis ketiga (di atas sudah jelaskan dua jenis nasib baik aku dalam menghadapi insiden ini), suami aku ada hari ini. Dia cuti. Dan kerana anak kecil aku lebih manja dengan dia, aku "terlepas beban" melayan karenah anak kecil aku itu.

Ketika ini, teringat perihal ketiadaan elektrik yang sudah masuk 3 jam setengah. Tiba-tiba naik marah. Tiba-tiba terfikir rumah jiran dibelakang ada menggunakan mesin pengisar, wah dia pakai generator. Aku terfikir untuk beli generator namun kata suami, harga mahal. Aku diam. Masih marah. "apa alternative kita kalau takde letrik?" aku tanyakan pada suami. Dia pula diam.

Tiba-tiba teringat satu dokumentari antarabangsa di tv beberapa bulan lalu. Ia berkisar "ingenuity" masyarakat setempat menebus guna bahan buangan untuk pelbagai kegunaan (negara yang dimaksudkan tentu sekali negara kuasa besar dan maju). Antara yang menarik, menebus guna gas yang dilepaskan ketika proses degrasi di tapak pelupusan sampah! Gas tersebut boleh disaring untuk digunakan sebagai sumber elektrik!

Aku terfikir dengan berlambak-lambak kawasan lupus sampah (bukit gantang etc) kenapa tidak dilakukan di malaysia? Tiada ke syarikat tempatan yang terfikir untuk bawa teknologi berkenaan di sini? Kalau bab franchais makanan segera atau label fesyen berjenama, bukan kemain cepat je masuk pasaran.

Atau kaedah yang sudah sedia popular dan teruji di negara-negara besar; kuasa solar. Memang sudah ada di malaysia, namun tidak meluas. Kenapa tidak kerajaan bina satu pusat pencerapan tenaga solar yang boleh berfungsi seperti projek empangan bernilai jutaan ringgit? Kos pembinaan mungkin lebih mahal namun ia ada nilai sustainability lebih- insyaAllah cahaya matahari tidak akan pudar, berbanding air di empangan yang mengering dek diancam cuaca ekstrim!

Aku terfikir...kenapa? Daripada dok sibuk pilihanraya peringkat negara mahupun parti, daripada dok sibuk buang duit dan tenaga rakyat mempromosikan slogan, daripada dok sibuk cerita retorik politik, daripada dok sibuk mengsibuk-kan diri di peringkat antarabangsa baik di pentas politik mahupun atas nama bantuan kemanusiaan- sibuk kejar nama. Sibuk kibar bendera sambil kejar nama. Semuanya untuk sibuk cari pangkat mana tau untung sabut timbul, datang hari lahir mana-mana sultan dapat ke gelaran Datuk, atau upgrade pingat ke pelbagai jenis "sri".

Aku terfikir...untuk lihat salah satu teknologi alternatif yang disebut dibangunkan di malaysia (teknologi pinjaman sudah cukup kerana mengimpikan teknologi atas idea rakyat tempatan mungkin terlalu "reaching for thr stars")...aku terfikir akan masinkah mulut aku untuk itu? Supaya tak perlu lagi berpanas untuk berjam-jam kerana "system breakdown" stesen janakuasa TNB yang caj tariffnya semakin meninggi.

No comments:

Post a Comment